asSalamualaikum..
bilamana Allah SWT berfirman :
(1:34 ) وإذ قلنا للملائكة اسجدوا لأدم فسجدوا إلآ إبليس أبى واستكبر وكان من الكافرين
Dan ketika Kami perintahkan kepada para Malaikat, "sujudlah kamu kepada Adam! " Maka mereka pun sujud kecuali Iblis yang menolak dan menyombongkan diri. Mereka adalah golongan yang kafir.
ayat di atas cukup jelas menyatakan bahawasanya syaitan laknatullah adalah musuh kita sejak azali lagi, di mana mereka memusuhi Adam dan ingkar perintah Allah. duhai sahabat sekalian..mahukah kita, anak Adam menjadi pengikut musuh kita yang nyata ini?? mahukah kita mendustakan nama Islam yang kita junjung ini, hanya kerana lemahnya iman kita melawan nafsu..Allahh..zalimnya kita terhadap diri kita sendiri..
manusia sememangnya lemah, dan statistik iman mereka juga seringkali berubah..ya ! iman manusia sentiasa menaik dan menurun..tapi bilamana iman kian menurun..tunduklah kamu kpd yang HAQ !! bertelekulah barang sejenak di atas tikar sejadah, memohon keampunan yang Maha Menerima Taubat. bilamana syaitan bersorak keriangan kerana berjaya memperdayakan kita hari ini, kita sebagai hamba Allah jangan biarkan kegembiraan mereka itu berterusan..hapuskannya dengan istighfar duhai sahabat..sebaik-baik taubat adalah dengan mengerjakan solat taubat dua rakaat berserta niat untuk tidak lagi mengulangi kesilapan lalu..tapi kalau tu pun susah nak buat jugak, istighfarlah..basahkan lidah dan hatimu dengan istighfar..Allah Maha Mendengar wahai sahabat tercinta..
Allahh..ampunkan kami atas setiap kesalahan yang kami lakukan..kami ini tidak layak untuk syurgaMu ya Allah..tapi kami tidak pula sanggup ke nerakaMu..jadikanlah kami, setiap saat masa kami, untuk mengingati Mu ya Allah..jangan Kau uji kami dengan ujian yang tak mampu kami hadapi ya Allah..kuatkan hati kami untuk menyanggah setiap godaan musuh kami ya Allah..Allah Allahh..takutnya bilamana terleka..sesaat terleka, berpuluh pintu godaan terbuka untuk syaitan menghasut kita..naudzubillah..semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari ancaman godaan iblis laknatullah !!
